Jumaat, 20 Januari 2012

Lee Fung China Dan Fat Angelo's 30 Mei 2010

Kedai pasu china handmade.....kalau kat Hong Kong inilah kedai pasu yang selalu teman & isteri pergi, sampaikan tokey & promoter dia kenal la. Kalau nak dibandingkan dengan tempat lain di Hong Kong rasanya inilah tempat yang murah. So adalah 4 atau 5 dah isteri teman beli kat sini.....gambar diatas tu isteri teman dengan promoter kedai tersebut.

Dongmen And Louhu Cormmercial City 29 Mei 2010

Dongmen....sebuah daerah tempatan yang sangat popular dengan pusat membeli belahyang menjual pelbagai barangan seperti jam, kasut, pakaian, cenderamata, elektronik, teh dan sebagainya. Walaupun tidak merancang untuk membeli belah tempat ini adalah antara tempat yang hebat untuk dilawati. Teman & family berada ditengah-tengah ribuan manusia yang berlatarbelakang bangunan KFC dengan rekabentuk bangunan buddha.....mungkin bangunan tinggalan yang telah diubahsuai untuk kegunaan komersial.

Sai Kung 1 Mei 2010

Selepas melawat Nan Lian Garden.....teman & family ke Sai Kung pula....tak susah nak ke sana, keluar ja dari Nan Lian Garden tu pergi ke terminal bus ambil bas bernombor 92, bas ini last stop dia adalah di Sai Kung. Sai Kung adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di timur Wilayah Baru, Sai Kung terkenal sebagai 'Leisure Garden Hong Kong'. Meliputi kawasan seluas kira-kira 12.680 hektar (49 batu persegi). Sai Kung daerah kedua terbesar pentadbiran di Hong Kong. Pelancong boleh menikmati makanan laut pada Street Sai Kung Seafood, menghargai keindahan pedalaman laut dan pulau-pulau atau mempunyai mandi matahari di pantai

Nan Lian Garden 1 Mei 2010

Melawat Nan Lian Garden......teman mendapat tahu Nan Lian Garden dibuka pada 15 November 2006, taman landskap Tang gaya Cina keanggunan klasik yang berdasarkan pelan tindakan Taman Jiangshouju yang terkenal di Provinsi Shanxi. Ia dibangunkan bersama oleh Leisure dan Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Kerajaan Hong Kong SAR dan Chi Lin biara perempuan. Pembiayaan infrastruktur terutamanya yang disediakan oleh kerajaan. Beberapa kos juga disumbangkan oleh Chi Lin yang telah diamanahkan dengan tanggungjawab eksklusif untuk perancangan, reka bentuk dan pembinaan keseluruhan taman yang meliputi kawasan seluas 35000 persegi meter.
@ Entrance Nan Lian Garden, Hong Kong

Khamis, 19 Januari 2012

Tetamu Dari Malaysia 24 April 2010

Hari ini ada guest of honour dari Malaysia......dari pagi lagi adik & kakak tak sabar-sabar nak ke airport, rasanya bukan tak sabar nak menyambut tetamu tetapi tak sabar nak makan chicken burger kat Popeye. So teman cakap camana pun kena sambut tetamu dulu then baru boleh pergi Popeye....so persetujuan telah dibuat maka kami tunggu tetamu sampai dulu. Gambar di atas kami baru lepas mengenalpasti gate mana akan tetamu keluar.

Shek O Beach 13 Apr 2010

Hari minggu tak ada buat apa-apa kat umah....En Mus & Pn Zaliha ajak pergi picnic kat Shek O. Teman tak pernah pergi lagi tapi isteri & anak-anak dah biasa pergi dengan boss dia. Cuaca pada ketika itu adalah 20 darjah calcius tak panas & tak sejuk sangat.....tapi teman tak mandi pun cuma melayan anak-anak sambil menjamu juadah yang dibawa.....gambar diatas tu teman & En Mus tengah sibuk menjamu selera......hahahahaha

Selasa, 17 Januari 2012

The Peak 10 Apr 2010

Lepas makan di Island Shangri-La....En Fadzlie bawa teman sekeluarga jalan-jalan, katanya malam masih muda......so kami menikmati keindahan malam dengan pemandangan Hong Kong yang dapat dilihat dari tempat tertinggi yang dikenali The Peak....ini gambar teman didataran The Peak

Island Shangri-La 10 Apr 2010

Hari ini En Fadzlie ajak pergi dinner kat Island Shangri-La....katanya Chef Azrol ajak makan sebelum dia balik for good ke Malaysia. Chef Azrol dah 8 tahun bekerja dengan Island Shangri-La...dah jemu katanya so dia nak balik buka restoran kat Malaysia.....dah cukup duit dikumpul agaknya.....so merasa la juga teman makan di hotel bertaraf 5 bintang ni.....bestttt......teman & isteri sempat juga bergambar depan Rolls Royce Tan Sri Robert Kuok

The Venetian Macau

Hari tu ada bersuara dengan En Fadzlie teringin nak menjejakkan kaki ke bumi Macau....selalu tengok filem Jackie Chan yang beraksi di Macau tempat perjudian yang terkenal di Hong Kong. Lepas seminggu En Fadzlie ajak pergi.....so apa lagi teman on ja.....hahahahaha
@ Macau Ferry Departure Hall....menunggu ferry yang tak kunjung tiba

Nur Diana Graduation

Hari ini adalah hari yang bermakna buat kakak kerana dapat menamatkan pengajian di gred 8. Mula-mula datang ke Hong Kong terdetik juga dihati teman, dapatkah kakak mengikuti pelajarannya di International School....syukur alhamdulillah berkat usaha kakak dan doa dari teman & isteri kakak berjaya mengikutinya......inilah Sijil Graduation Gred 8 anak sulung teman.....dari Delia School Of Canada

Isnin, 16 Januari 2012

Hong Kong Flower Show 27 Mac 2010

Main Enterance Flower Show 2010 @ Victoria Park, Causeway Bay, Hong Kong.

Ku Mizan Balik Malaysia 13 Mac 2010

Inilah Ku Mizan....salah seorang rakyat Malaysia yang mencari rezeki di Hong Kong. Bekerja dengan Syarikat Metro Parking sebagai Executive Financial....& beliau balik ke Malaysia untuk seketika sebelum di hantar bertugas di Jakarta....