Khamis, 29 Oktober 2015

SAMBUNGAN DUNIA TANPA SEMPADAN



Assalamualaikum dan selamat sejahtera......alhamduliiah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk teman meneruskan penulisan di blog. Berbalik kepada penulisan yang lepas Dunia Tanpa Sempadan ....... sebenarnya aplikasi yang wujud memberi kesan yang sangat mendalam di kalangan kita sebagai manusia, dimana hilangnya norma-norma kemanusiaan. Ada memberikan kesan positif dan ada kesan negatifnya ...... terpulang kepada individu yang bergelar manusia cara penggunaannya, tepuk dada tanya selera.

Buat diri teman ianya memberi kesan negatif dimana komunikasi dengan keluarga kurang berlaku ...... mana tak nya balik saja ke rumah masing-masing dengan smart phone rumah jadi sunyi, kadang-kadang nak ajak makan pun whatsapp ...... apa dah jadi !!!! Kalau dilihat semasa memandu kereta pun masing-masing sedang sibuk melayan smart phone sambil memandu ....... apa salahnya kalau menumpukan pemanduan kereta dan kalau nak memicit-micit smart phone tu berhenti lah sekejap ...... tak lah orang lain menambah dosa untuk memaki ..... muhasabah lah diri kita untuk keselamatan bersama.

Sebenarnya banyak perkara negatif boleh di bicarakan tapi biarlah setakat itu saja di coretkan dalam blog teman ....... kesan daripada teknologi terkini teman pun tidak terkecuali dan terus melupakan blog yang selama ini boleh menjana pendapatan dan lebih kepada muka buku menceritakan kehidupan seharian dan kejadian-kejadian untuk tatapan rakan-rakan dan sesiapa sahaja di seluruh dunia ....... nak marah pun boleh post di muka buku. So bila di fikirkan balik tak ada privacy sebabnya satu dunia boleh membaca dan melihat apa yang kita post. Ada manusia yang suka melakukan sedemikian rupa dan untuk teman kurang menyenangkan ...... sebabnya ada komen-komen yang menyakiti mata dan kurang menyenangkan hati bila membaca ...... faham kot nooo.

Teman mengambil pendekatan semula dengan menafaatkan blog yang telah teman hasilkan 7 tahun lalu ......... aktifkan semula dengan karya-karya dan catatan kehidupan untuk dikongsikan bersama-sama blogger yang setia atau kalau tak ada sesiapa yang mahu membaca biarlah ianya sebagai coretan kehidupan teman........ aminnnnnn

Tiada ulasan: