Khamis, 29 Oktober 2015

DUNIA TANPA SEMPADAN





Bila berbicara dunia tanpa sempadan terlalu luas untuk di huraikan. Apa yang hendak teman coretkan dalam blog ini adalah berkaitan penggunaan media sosial yang terlalu berleluasa masa kini. Sebenarnya teman tidak terlalu pandai dalam karang mengarang ni ....... tapi teman nak juga berkongsi pengalaman yang telah dilalui sepanjang hidup bergelar manusia di muka bumi Malaysia.

Dulu zaman 70an tidak ada semua aplikasi yang canggih manggih seperti sekarang, masa tu cuma ada tv, radio dan kawan-kawan. Masuk zaman 80an wujudlah komputer tapi tak termampu pula nak membelinya hanya dapat tengok saja dari kejauhan dan kalau dapat masuk universiti barulah dapat merasai penggunaan komputer.......tu termasuk la teman dapatlah merasa guna sekali dua....hehehehe. 

Bila zaman 90an muncul bermulalah era bermain dengan 'E-MAIL' dan 'IRC CHAT'..... menjadi perhubungan di alam maya pada masa itu. Pada tahun 2000 ..... baru teman mampu beli laptop dalam harga lebih kurang RM2k. Maka bergiatlah teman dalam alam blogger, walaupun tak berapa pandai tapi cuba dan terus mencuba..... dan hasilnya dapat generate pasif income. Tahun 2010 memberi satu kejutan pada teman dengan timbulnya aplikasi-aplikasi seperti berikut.......


bermula dengan facebook.....................


pastu instagram....................



pastu dah gila main line pulak..............



teman tinggal line berwasap la plak........



dalam masa yang sama buka akaun telegram.
So kesimpulannya teman memang tinggal terus blogger dah masuk 5 tahun, macam kacang lupakan kulit ..... habis madu sepah dibuang ...... hahahaha. Cukup dulu untuk coretan ari ni nanti kita bersambung al kisah dunia tanpa sempadan part 2




Tiada ulasan: