Isnin, 30 November 2015

AL-FATIHAH UNTUK YUS JAMBU





Pagi ni teman terperanjat dengan berita menyatakan bahawa Yussry Edoo atau lebih dikenali dengan panggilan Yus Jambu (pelawak, pelakon, penyanyi & penghibur serba boleh tanah air) telah kembali ke rahmahtullah seusia 39 tahun akibat daripada sesak nafas dan serangan jantung. Mengikut sumber berita selepas selepas membuat persembahan khas di Konsert Akhir Raja Band beliau dikejarkan ke hospital selayang dan disahkan meninggal dunia oleh doktor pada pukul 12.30 pm pada 30 November 2015.

Terkesan rasa kehilangan juga sebab teman salah seorang peminat arwah dan arwah daripada negeri kelahiran teman iaitu Perlis Indera Kayangan. Kerjaya seni arwah bermula bila menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan tahun 2001 dan pada 2007 arwah menjadi Juara Raja Lawak Astro namun kehidupan arwah yang sederhana dan humble menyebabkan ramai orang yang menyanjungi arwah. Marilah kita sama-sama berdoa agar arwah di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat.





Tiada ulasan: